Archive for May, 2008

Adab makan n minum

Monday, May 19th, 2008

Adab makan dan minum

1. Berusahalah dengan hati-hati untuk mencari makanan yang halal.

Allah
. berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki
yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu.” (Al-Baqarah: 172).

Yang baik di sini ertinya yang halal.

2. Makan dan minum diniatkan agar mampu beribadah kepada Allah, sehingga bernilai ibadah serta mendapat pahala.

3. Cuci tangan sebelum dan setelah makan, dan bersihkan mulut terutama jika hendak menuju sholat.

4.
Hendaklah merasa puas dan rela dengan makanan dan minuman yang ada, dan
jangan sekali-kali mencelanya. Abu Hurairah z menuturkan, “Rasulullah n
sama sekali tidak pernah mencela makanan. Apabila beliau suka sesuatu
ia makan dan jika tidak, maka beliau tinggalkan.” (Muttafaq ’alaih).

5.
Jangan makan sambil bersandar atau dengan keadaan meniarap. Rasulullah
n bersabda; “Aku tidak makan sambil bersandar”. (HR. Al-Bukhari).

Ibnu
Umar z menuturkan: “Rasulullah n melarang dua tempat makan, iaitu duduk
di meja tempat minum khamar dan makan sambil meniarap.” (HR. Abu Daud,
dishahihkan oleh Al-Albani).

6. Jangan menggunakan bejana emas
dan perak. Nabi S.a.w bersabda, “….. dan janganlah kamu minum dengan
menggunakan bejana yang terbuat dari emas dan perak, dan jangan pula
kamu makan dengan piring yang terbuat darinya, kerana keduanya untuk
mereka (orang kafir) di dunia ini dan untuk kita di akhirat kelak.”
(Muttafaq ’alaih)

7. Mulailah makan dan minum dengan membaca
bismillah dan diakhiri dengan alhamdulillah. Rasulullah n bersabda,
“Apabila seorang di antara kalian makan, hendaklah menyebut nama Allah
. dan jika lupa menyebut nama Allah . di awalnya maka hendaklah
mengatakan: Bismillahi fi awwalihi wa akhirihi.” (HR. Abu Daud dan
dishahihkan oleh Al-Albani).

Dan mengakhiri dengan Hamdalah,
Rasulullah n bersabda, “Sesungguhnya Allah sangat meredhai hamba yang
apabila telah memakan suatu makanan ia memuji-Nya dan apabila meminum
minuman ia pun memuji-Nya.” (HR. Muslim).

8. Makanlah dengan tangan kanan dan mulailah dari yang ada di depanmu.

Rasulullah
n bersabda kepada Umar bin Salamah, “Wahai anak muda, sebutlah nama
Allah dan makanlah dengan tangan kananmu serta makanlah apa yang di
dekatmu.” (Muttafaq ’alaih).

9. Makanlah dengan tiga jari dan
menjilati jari-jari itu sesudah makan. Ayah Ka`ab bin Malik menuturkan,
“Rasulullah n makan dengan tiga jari dan beliau menjilatinya sebelum
mengelapnya.” (HR. Muslim).

10. Ambillah makanan yang terjatuh
dan buang bahagian yang kotor lalu memakannya. Rasulullah n bersabda,
“Apabila suapan makan seorang dari kamu jatuh hendaklah ia memungut dan
membuang bahagian yang kotor, lalu makanlah ia dan jangan membiarkannya
untuk syetan.” (HR. Muslim).

11. Jangan meniup makan yang masih
panas atau bernafas di saat minum. Ibnu Abbas menuturkan, “Bahawasanya
Nabi n melarang bernafas pada bejana minuman atau meniupnya.” (HR.
At-Tirmidzi dan dishahihkan oleh Al-Albani).

12. Makanlah
secukupnya, jangan berlebih-lebihan. Rasulullah n bersabda, “Tiada
tempat yang lebih buruk yang dipenuhi oleh seseorang daripada perutnya.
Cukuplah bagi seseorang beberapa suap saja untuk menegakkan tulang
punggungnya; jikapun terpaksa, maka sepertiga untuk makanannya,
sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk bernafas.” (HR.
Ahmad dan dishahihkan oleh Al-Albani).

13. Sebagai tuan rumah jangan melihat wajah tamu yang sedang makan, tundukkan pandangan, agar tidak mengganggu perasaan mereka.

14.
Jangan memulai makan jamuan jika di dalam majlis ada orang yang lebih
berhak memulai, seperti yang lebih tua atau mempunyai kedudukan.

15.
Jangan melakukan hal-hal yang menjijikkan, seperti memasukkan tangan ke
bejana, atau mendekatkan kepala ke tempat makanan di waktu makan, atau
membicarakan perkara-perkara yang menjijikkan.

16. Jangan minum
langsung dari bibir bejana (wadah air). Ibnu Abbas z berkata, “Nabi n
melarang minum dari bibir bejana wadah air.” (HR. Al-Bukhari).

17.
Minumlah sambil duduk, kecuali jika berhalangan. Sahabat Anas
menuturkan, “Bahawa sesungguhnya Nabi n melarang minum sambil berdiri.”
(HR. Muslim). No. 2023, Ahmad 11775, At Tirmidzi No. 1879 Abu Daud:
3717 Ibnu Majah 3424, Ad Darimi: 2127.

18. Dahulukan makan sebelum shalat jika anda telah lapar. Rasulullah n bersabda:

“Tidak sempurna shalat dengan datangnya makanan dan tidak pula jika seseorang menahan dua hadats” (HR. Muslim:560, Ahmad:

23646, Abu Daud; 89)

19.
Dahulukan makan dari tepi piring jangan dari atas atau tengahnya (HR.
Abu Daud; 3772, Ahmad; 2435; At Tirmidzi; 1805, Ibnu Majah; 3277, Ad
Darimi; 2036, 2046 dari Ibnu Abbas z.

20. Jangan mengambil
terlalu banyak bila makan bersama orang lain, kecuali jika atas izin
kawan dalam jamuan itu. (HR. Al Bukhari; 2455, Muslim; 2045, Ahmad;
5027, At Tirmidzi; 1814, Abu Daud; 3834, Ibnu Majah; 3331, dari Syu’bah
dari Jablah z.

21. Tunggulah makanan yang masih panas, jangan
dimakan sampai hilang wap panasnya kerana itulah yang lebih besar
barokahnya. (HR. Ad Darimi; 2047, Ahmad; 26418, dari Asma bin Abu bakar
z.

22. Disunnahkan bagi tuan Rumah atau yang memberi minum untuk
minum terakhir setelah giliran para tamu. (HR. Muslim; 681, Ahmad;
22041, At Tirmidzi; 1894, Ibnu Majah; 3436, Ad Darimi; 2135 dari
Qatadah z.

23. Diizinkan makan sambil berbicara yang baik, mensyukuri dll. (lihat riwayat Imam Ahmad “Adab Syariah 3:163)

24.
Disunnahkan makan sambil berkumpul (HR. Muslim No. 2059, Ahmad; 13810,
At Tirmidzi; 1820, Ibnu Ma-jah; 3254, Ad Darimi; 2044, dari Jabir bin
Abdullah c.